
Assalamualaikum...
Manchester United yang kini berada di puncak prestasi tidak menolak kemungkinan bahawa bekas Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo untuk kembali menyertai regim Sir Alex Ferguson di masa hadapan. Dengan prestasi Real Madrid yang turun naik dan telah terkeluar dari saingan paling berprestij di Eropah(UEFA Champions League) mungkin menyebabkan Ronaldo tidak gembira berada di sana. Ronaldo juga terpaksa bersaing dengan beberapa lagi bintang Real Madrid seperti Kaka, Alonso, Benzema untuk menyerlah bersama 'Galacticos'.
Akhbar Sunday Express melaporkan bahawa pengurus Red Devils, Sir Alex Ferguson masih mempunyai hubungan yang baik dengan pemain sayap yang berkembang menjadi Pemain Terbaik Dunia di bawah bimbingan beliau.
Sumber melaporkan Ferguson mengatakan bahawa, "Cristiano sangat mengenali Manchester United. Semua pemain yang telah tiba di sini tahu bahawa terdapat perlindungan di sini. Mereka boleh datang menjalani latihan setiap hari dan tiada sesiapa pun yang akan menggangu mereka."
"Saya tidak fikir Real Madrid merupakan sebuah kelab yang sesuai untuk bermain. Di sana sentiasa ada pihak media yang datang untuk melihat dan merakam aksi mereka."
Ferguson menambah "Mungkin anda terfikir bahawa beliau akan kembali, tetapi tiada siapa yang pernah tahu. Saya tidak fikir Ronaldo akan kekal di sana selama-lamanya ataupun sesuatu yang seperti itu."
"Ronaldo akan berhadapan dengan cabaran yang lain dan beliau adalah seorang pemain yang memang mengalu-alukan cabaran tersebut."
Tetapi, pada pendapat saya, Ronaldo mungkin akan kekal di Real Madrid untuk tempoh masa 2,3 tahun terdekat ini. Hal ini adalah kerana beliau belum mencapai apa-apa kejayaan bersama kelab tersebut. Beliau tidak mungkin akan meninggalkan kelab tersebut dengan tangan kosong.
Ronaldo mungkin akan meninggalkan Real selepas 2,3 tahun dan semestinya akan ada kelab-kelab besar yang ingin menagih aksi pemain yang berskil tinggi ini. Untuk kembali ke Man United adalah sesuatu yang tidak mustahil dan sesuatu yang hebat untuk melihat beliau embali menyarung jersi merah putih Manchester United.!
Sekian...