featured-content

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

FACTOIDS @ MACKFRENZY

80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Shuttlecock untuk badminton harus ada 14 bulu

FACTOIDS @ MACKFRENZY

RSVP yang sering kita lihat dalam jemputan-jemputan 'event' dalam facebook sebenarnya adalah Respondez s’il Vous Plait yang bermaksud mohon dijawab

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Menjelang tahun 2025 Cina akan sudah membangun 10 kota metropolitan seukuran New York

10 Mei 2010

Tahniah Chelsea.!!

Add Image

Semalam berakhirnya Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan sepuluh perlawanan liga secara serentak. Semalam juga menentukan kelab mana yang bakal menjulang trofi Liga Perdana Inggeris yang dikatakan liga paling berprestij di dunia itu. Juara 3 tahun berturut, Manchester United gagal menjulang trofi itu untuk kali keempat berturut-turut walaupun mencatat kemenangan bergaya ke atas Stoke City, 4-0.

Namun, ternyata musim ini milik Chelsea yang membelasah Wigan 8-0, yang menyaksikan
penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba meledakkan hatrik.

Drogba juga akan menjulang Golden Boot musim ini apabila menjaringkan 29 gol dalam Liga Perdana, 3 gol mengatasi bintang Man Utd, Wayne Rooney.

Walaubagaimanapun, Chelsea telah menjuarai EPL dengan penuh bergaya semalam walaupun hanya 1 mata mengatasi pencabar terdekat, Man Utd.

Tahniah Chelsea.!
Inilah ucapan tidak ikhlas dari seorang peminat Manchester United...

Sekian,,

09 Mei 2010

Cicak Gergasi??


Negara kita dikejutkan dengan penemuan seekor cicak gergasi yang didakwa seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com.

Ia juga didakwa dijual dengan harga RM 1 juta sekilogram.
Ini bermakna RM 1juta X 64kg = RM 64juta.
Laporan juga melaporkan bahawa cicak gergasi ini diberi makan daging seperti hati ayam untuk meneruskan hidup,

Tetapi, saya memilih untuk menunggu bukti-bukti yang kukuh mengenai berita ini kerana laporan yang dilaporkan semalam hanya menyiarkan satu foto sahaja (diatas) mengenai cicak ini..

Keraguan saya ini juga disokong oleh laporan Kosmo! Online hari ini yang bertajuk "Mustahil Cicak Gecko capai 64kg."

"Selalunya spesies ini cuma sepanjang 17.6 sentimeter dan lebar badan cuma sebesar 3 sentimeter. Rupanya sama seperti Gecko tapi memang mustahil malah tidak tergolong langsung dalam keluarga biawak," menurut Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma.

Sama-samalah kita menunggu siasatan selesai dijalankan...

Wassalam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More