featured-content

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

FACTOIDS @ MACKFRENZY

80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Shuttlecock untuk badminton harus ada 14 bulu

FACTOIDS @ MACKFRENZY

RSVP yang sering kita lihat dalam jemputan-jemputan 'event' dalam facebook sebenarnya adalah Respondez s’il Vous Plait yang bermaksud mohon dijawab

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Menjelang tahun 2025 Cina akan sudah membangun 10 kota metropolitan seukuran New York

29 Disember 2010

kenali pemain malaysia !

Mohd Muslim


Nama : Mohamad Muslim bin Ahmad
Tarikh Lahir : 25.04.1989
Posisi : Defender
No Jersi : 24
Tinggi : 1.80m
Berat : 70kg
Current club: Harimau Muda
National caps: 8
Goals: 0






    Entri ini memaparkan biodata salah seorang pemain Malaysia yang 
menyerlah beraksi dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2010. 

     Bermain di posisi pertahanan, Muslim seringkali menjadi pilihan 
utama jurulatih K.Rajagopal dan berjaya menampilkan aksi cemerlang 
mengawasi benteng pertahanan negara terutama pada perlawanan 
menentang Thailand dan Vietnam di pusingan kedua apabila tidak 
membolosi gol dalam kedua-dua perlawanan tersebut. 

    Berusia 21 tahun, ternyata prospek negara ini masih banyak yang 
boleh dicapai oleh beliau. Diharap beliau akan terus cemerlang menjaga
benteng negara bertemu Indonesia di pusingan kedua sekaligus 
merangkul AFF Suzuki Cup untuk kali pertama dalam sejarah!


 MALAYSIA BOLEH !

22 Oktober 2010

kucing terpanjang di dunia





kalau kita selalu berjumpa dengan kucing
ia adalah seekor binatang yang comel, berbulu
dan sedap untuk dibelai yang bersaiz sepanjang
sebuah buku teks ??
tetapi baru-baru ini seekor kucing yang bernama
stewie telah menggemparkan seluruh dunia apabila
ia mempunyai saiz yang luar biasa
stewie yang baru berumur lima tahun telah berjaya
mencatatkan nama beliau ke dalam buku rekod dunia
guiness apabila diukur dari hujung hidung ke ekornya
mendapati ia berukuran 48.5 inci (1.16 meter)
stewie telah mengalahkan kucing sebelum ini yang
berukuran 48 inci
pemilik stewie, robin hendrickson dan erik brandsness
dari reno, nevada, mengatakan mereka memutuskan
untuk mencuba untuk merakam setelah mendengar
sejumlah orang mengatakan bahawa mereka
kagum dengan ukurannya yang luar biasa
stewie adalah jenis Maine Coon - dikenali sebagai
'gentle giants' di kalangan keluarga kucing...

p/s: anak harimau lagi comel dari kucing gergasi. =)

17 Oktober 2010

liverpool bakal turun divisyen ?





tahun 2010/2011 bukan tahun yang bertuah buat
pasukan bergelar the reds.
ini kerana segalanya tampak serba tak menjadi bagi mereka
selepas dilanda krisis pemilik kelab yang dibebani hutang
prestasi kelab paling berjaya di england ini tidak segah nama
manakan tidak skuad kendalian roy hodgson
hanya berjaya melakar 1 kemenangan, 3 seri dan 4 kekalahan
dalam 8 perlawanan musim ini
kekalahan dengan pasukan derby,
everton 2-0 tadi cukup untuk meletakkan mereka di tangga ke-19
liga perdana inggeris
jika prestasi mereka tidak dibaik pulih tidak mustahil liverpool bakal
bermain divisyen 1 england musim depan
statistik menunjukkan bahawa pasukan ini hanya berjaya menjaringkan 7 gol sahaja
berita yang kurang menyenangkan bagi penyokong mereka
tetapi, pemilik baru liverpool, john henry berjanji akan kembali menaikkan kembali imej kelab tersebut yang telah tercalar.
roy hodgson dikhabarkan akan mendapat dana sebanyak 30 juta euro untuk menyuntik pemain-pemain baru ke dalam kelab.
harap-harap hal ini boleh menjadi harapan
buat penyokong setia mereka
sanggupkah anda melihat liverpool bermain bersama-sama watford, portsmouth atau
coventry city musim hadapan ?
sama-sama kita tunggu dan lihat

10 Oktober 2010

filem horror/hantu


pada tahun 2010
kita disajikan dengan berbagai-bagai filem horror
di pawagam-pawagam di seluruh negara
terdapat ramai penggemar-penggemar filem
seperti ini di negara kita dan sudah
menjadi lumrah manusia
untuk menonton filem seperti ini (bukan semua)
filem-filem seperti, resident evil: afterlife,
a nightmare on elm street,
devil antara filem-filem yang berjaya
menggoncang kotak hati penonton di malaysia

tapi
pernahkah anda terfikir apakah filem/cerita horror
bagi spesies makhluk yang diberi nama AYAM ?

gambar di bawah ada jawapannya... =)


06 Oktober 2010

mengapa lelaki lebih bahagia dari wanita



1. coklat bagi kami hanya sejenis makanan ringan yang biasa
2. kami boleh memakai t-shirt putih ke taman
3. mekanik kereta beritahu harga sebenar kepada kami
4. waktu bekerja sama, tapi gaji kami lebih besar
5. gaun pengantin-RM2000, sewa kot-RM100
6. kami hanya ada 1 mood~ setiap masa!
7. perbualan telefon kami akan tamat dalam masa kurang dari 30 saat
8. kami hanya memerlukan sehelai baju untuk percutian 5 hari
9. jika seseorang terlupa untuk menjemput kami, mereka masih boleh
menjadi teman kami
10. apa yang dilihat di wajah kami adalah warna asli kulit kami
11. tiga pasang kasut sudah lebih dari cukup bagi kami
12. kami tidak dapat melihat kerutan di pakaian kami
13. kami mempunyai gaya rambut yang sama selama bertahun-tahun!
14. perut kami biasanya dapat menyembunyikan pinggul besar kami
15. satu dompet dan sepasang kasut, satu warna, semua musim!

04 Oktober 2010

mourinho puji c ronaldo

selepas mengambil alih tugas pengurus real madrid
jose mourinho kelihatan selesa bersama kelab tersebut
dengan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

beliau juga telah memasukkan beberapa pemain muda
antaranya mesut ozil, angel di maria, pedro leon

bintang kelab los blancos, c ronaldo dianggap sebagai
elemen terpenting kelab tersebut dimana beliau sering
diletakkan sebagai penggempur utama real di samping
seorang lagi striker, gonzalo higuain.

mourinho bertindak memuji pemain berusia 25 tahun ini
dan menyatakan bahawa beliau agak terkejut dengan tahap
professionalisme yang dimiliki oleh CR7 sekarang.

dalam satu temuramah bersama macc-blog (tipu jer),
mourinho mengatakan,

"CR memiliki potensi luarbiasa, satu lagi ialah harus merasai
tekanan, mempunyai harapan kerana ramai yang berfikir bahawa
ronaldo boleh menggelecek 10 pemain, menjaringkan gol dan
boleh melakukan perubahan dalam setiap perlawanan."

mourinho menambah

"setiap perkataaan sir alex ferguson mengenai ronaldo semuanya
benar-benar belaka. dia seorang anak muda yang hebat!"

lawak math

hai...
ada satu kisah...

nak berkongsi sedikit cerita
mengenai salah seorang member saya
di sekolah menengah dulu
(peter crouch nama dia)
dia ni selalu ponteng kelas math
tidur dalam kelas la
pergi main games kat perpustakaan la
kadang2 memang saja tak nak datang kelas math
sekali guru math dia bagi 1 soalan simple kt dia ni
dia pun menggelabah la
tapi dia try jugak buat yang terbaik selagi dia mampu..

15 minit kemudian,
guru dia minta kertas jawapan dia,

dan inilah kertas jawapannya yang sempat editor snap
sebelum dihantar kat cikgu,
hehehe..
(cerita rekaan semata-mata)


















credit to: weirdweirdblog.blogspot.com

10 Mei 2010

Tahniah Chelsea.!!

Add Image

Semalam berakhirnya Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan sepuluh perlawanan liga secara serentak. Semalam juga menentukan kelab mana yang bakal menjulang trofi Liga Perdana Inggeris yang dikatakan liga paling berprestij di dunia itu. Juara 3 tahun berturut, Manchester United gagal menjulang trofi itu untuk kali keempat berturut-turut walaupun mencatat kemenangan bergaya ke atas Stoke City, 4-0.

Namun, ternyata musim ini milik Chelsea yang membelasah Wigan 8-0, yang menyaksikan
penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba meledakkan hatrik.

Drogba juga akan menjulang Golden Boot musim ini apabila menjaringkan 29 gol dalam Liga Perdana, 3 gol mengatasi bintang Man Utd, Wayne Rooney.

Walaubagaimanapun, Chelsea telah menjuarai EPL dengan penuh bergaya semalam walaupun hanya 1 mata mengatasi pencabar terdekat, Man Utd.

Tahniah Chelsea.!
Inilah ucapan tidak ikhlas dari seorang peminat Manchester United...

Sekian,,

09 Mei 2010

Cicak Gergasi??


Negara kita dikejutkan dengan penemuan seekor cicak gergasi yang didakwa seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com.

Ia juga didakwa dijual dengan harga RM 1 juta sekilogram.
Ini bermakna RM 1juta X 64kg = RM 64juta.
Laporan juga melaporkan bahawa cicak gergasi ini diberi makan daging seperti hati ayam untuk meneruskan hidup,

Tetapi, saya memilih untuk menunggu bukti-bukti yang kukuh mengenai berita ini kerana laporan yang dilaporkan semalam hanya menyiarkan satu foto sahaja (diatas) mengenai cicak ini..

Keraguan saya ini juga disokong oleh laporan Kosmo! Online hari ini yang bertajuk "Mustahil Cicak Gecko capai 64kg."

"Selalunya spesies ini cuma sepanjang 17.6 sentimeter dan lebar badan cuma sebesar 3 sentimeter. Rupanya sama seperti Gecko tapi memang mustahil malah tidak tergolong langsung dalam keluarga biawak," menurut Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma.

Sama-samalah kita menunggu siasatan selesai dijalankan...

Wassalam...

16 Mac 2010

CR9 kembali ke Old Trafford??


Assalamualaikum...

Manchester United yang kini berada di puncak prestasi tidak menolak kemungkinan bahawa bekas Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo untuk kembali menyertai regim Sir Alex Ferguson di masa hadapan. Dengan prestasi Real Madrid yang turun naik dan telah terkeluar dari saingan paling berprestij di Eropah(UEFA Champions League) mungkin menyebabkan Ronaldo tidak gembira berada di sana. Ronaldo juga terpaksa bersaing dengan beberapa lagi bintang Real Madrid seperti Kaka, Alonso, Benzema untuk menyerlah bersama 'Galacticos'.

Akhbar Sunday Express melaporkan bahawa pengurus Red Devils, Sir Alex Ferguson masih mempunyai hubungan yang baik dengan pemain sayap yang berkembang menjadi Pemain Terbaik Dunia di bawah bimbingan beliau.

Sumber melaporkan Ferguson mengatakan bahawa, "Cristiano sangat mengenali Manchester United. Semua pemain yang telah tiba di sini tahu bahawa terdapat perlindungan di sini. Mereka boleh datang menjalani latihan setiap hari dan tiada sesiapa pun yang akan menggangu mereka."

"Saya tidak fikir Real Madrid merupakan sebuah kelab yang sesuai untuk bermain. Di sana sentiasa ada pihak media yang datang untuk melihat dan merakam aksi mereka."

Ferguson menambah "Mungkin anda terfikir bahawa beliau akan kembali, tetapi tiada siapa yang pernah tahu. Saya tidak fikir Ronaldo akan kekal di sana selama-lamanya ataupun sesuatu yang seperti itu."

"Ronaldo akan berhadapan dengan cabaran yang lain dan beliau adalah seorang pemain yang memang mengalu-alukan cabaran tersebut."

Tetapi, pada pendapat saya, Ronaldo mungkin akan kekal di Real Madrid untuk tempoh masa 2,3 tahun terdekat ini. Hal ini adalah kerana beliau belum mencapai apa-apa kejayaan bersama kelab tersebut. Beliau tidak mungkin akan meninggalkan kelab tersebut dengan tangan kosong.

Ronaldo mungkin akan meninggalkan Real selepas 2,3 tahun dan semestinya akan ada kelab-kelab besar yang ingin menagih aksi pemain yang berskil tinggi ini. Untuk kembali ke Man United adalah sesuatu yang tidak mustahil dan sesuatu yang hebat untuk melihat beliau embali menyarung jersi merah putih Manchester United.!

Sekian...

07 Mac 2010

Rubik Cube.



Assalamualaikum.

Di saat ini saya mahu berbicara mengenai Rubik Cube di mana ia merupakan suatu permainan yang menguji IQ seseorang.
Saya pun boleh dikatakan 'budak baru' dalam permainan ini.
Saya mahir sikit2 jer permainan ini.
Namun, sememangnya ia permainan yang menarik.
Kepada yang tidak mahir lagi permainan ini, cubalah mempelajarinya,
Mengikut pengalaman saya, basic permainan mengandungi 3 steps.
Kepada yang berminat, sila tengok step-step tersebut,,
Cuma ingin berkongsi,...

Step 1























Step 2






















Step 3























Okay.
Jika dilihat di gambar yang terakhir, dua baris yang terakhir telah siap.
Tinggal yang baris di atas sekali.
Terdapat beberapa step lagi untuk menyelesaikan baris yang terakhir itu.
Tetapi, hanya ini sahaja yang boleh saya sediakan untuk anda.
Harap Maaf.

Tetapi!!
Mahirkan diri anda dengan step-step yang diatas dahulu, nescaya anda boleh melakukannya sendiri selepas ini.

Di sini saya juga ingin berkongsi bahawa permainan ini yang kini berusia 30 tahun telah maju setapak lagi iaitu melalui kewujudan Rubik Cube Electronic.
Touch jer!
Ini link tersebut.
http://www.metacafe.com/watch/4266687/electronic_rubik_cube/

Memang canggih.
Sekian.


02 Mac 2010

Result SPM 2010



Assalamualaikum,

Kini sudah masuk bulan yang ketiga pada tahun 2010.
Dan ini menandakan bahawa result SPM 2009 hampir keluar.
Jadi hal ini sudah pasti menyebabkan calon-calon SPM '09 kecut perut menanti.
Saya merupakan salah seoran gdari calon SPM '09
Saya juga berasakan sedemikian.
Sememangnya keputusan SPM ini menjadi penanda aras dan hala tuju kehidupan seseorang.
Kemana hala tuju pelajar2 selepas ini banyak dipengaruhi oleh result.
Tetapi...
bilakah waktu yang tepat keputusan SPM ini keluar??
Khabar angin mengatakan 16hb, tetapi ada juga yang mengatakan 6hb, 11hb, dan macam-macam lagi.

Tapi, apa-apa pun, soalan kita telah jawab, dan sudah tentu kita sudah tidak boleh mengubah keputusan tersebut, kita hanya boleh berdoa kepada Allah S.W.T. untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada SPM ini...

Sekian..

12 Februari 2010

Fakta Pelik Tapi Benar!!

Assalamualaikum,

Ingin berkongsi sedikit fakta-fakta yang menarik yang mungkin kita semua tidak perasan selama ini...
Layan....

> Bumi yang kita duduki sekarang seberat 6,600,000,000,000,000,000,000 tan (5,940 bilion bilion tan metrik). Memang berat yang teramat.!

> Seekor lipas boleh hidup sehingga beberapa minggu dengan kepala terpenggal, itu pun mati disebabkan kelaparan. Lepas ini kalau tengok lipas tiada kepala, jangan la ingat hantu pulak. He3

> Setiap kali anda menjilat setem, anda menghasilkan 1/10 kalori. Banyak tu, janganlah jilat setem banyak2 ye,

> Purata mimpi seseorang ialah lebih 146o kali setahun. Jadi hal ini bermakna, kita semua bermimpi purata 4 kali sehari!

> Anda dilahirkan dengan 300 tulang, tetapi apabila anda meningkat dewasa, anda hanya mempunyai sebanyak 206 tulang. Dimana hilang yang selebihnya?

> Tulang paha manusia sebenarnya lebih kuat daripada konkrit. Jadi bolehlah guna tulang paha untuk bina bangunan selepas ini. Huahauaa

> Lebih 10,000 burung di seluruh dunia telah mati akibat melanggar tingkap rumah anda. Jadi, janganlah tutup cermin tingkap rumah anda untuk selamatkan burung2 tersebut.

> Terdapat lebih sejuta spesies haiwan di muka bumi ini. Begitu besar kekuasaan Allah S.W.T

> Thomas Edison, pencipta lampu, seorang yang takutkan gelap! Ish3, macam-macam orang ini..

Itu saja, harap terhibur.

Sekian

07 Februari 2010

Rio Ferdinand kapten England

Assalamualaikum,

Sedikit info mengenai sukan bolasepak Eropah.

Pasukan England telah menamakan tonggak pertahanan tengah Manchester United sebagai kapten menggantikan John Terry yang kini dilanda masalah skandal pada masa ini. Ferdinand bakal mengetuai pasukan England di dalam kempen Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan Jun depan.

Rio Ferdinand dahulunya memegang jawatan naib kapten di bawah John Terry yang mengambil alih tugas kapten dari David Beckham. Kini, Fabio Capello telah melantik Steven Gerrard pula menggalas tugas sebagai naib kapten pasukan.

Bagi Rio, peluang menggalas jawatan ini dianggap sebagai suatu titik baru di dalam karier bolasepak beliau. Rio yang mula membuat debutnya bersama pasukan England pada tahun 1997 di mana beliau hanya berusia 19 tahun ketika itu, menjadi pemain pertahanan termuda mendapat cap England. Beliau meneruskan karier cemerlangnya bersama England dengan bermain di Piala Dunia 2002 dan telah dinamakan di dalam pasukan terbaik Piala Dunia.


"Sebagai seorang anak muda, anda akan membesar dengan keinginan untuk bermain bagi pasukan England dan mengetuai pasukan itu dan kini saya telah pun mendapat penghormatan tersebut" kata Rio Ferdinand apabila diminta untuk mengulas mengenai pelantikan beliau sebagai kapten England. Beliau juga berasa sangat gembira dengan pelantikan tersebut dan berazam untuk mengetuai England untuk menjuarai Piala Dunia 2010...

Jadi, saya dari pihak kru blog ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Rio Ferdinand atas pelantikan tersebut. Diharap mentaliti Rio akan meningkat dengan pelantikan ini dan mampu memberikan persembahan terbaik buat kelab Manchester United sekaligus dapaat membantu kelab beliau untuk mencipta rekod kelab pertama di England yang menjuarai EPL selama empat musim berturut-turut..

Sekian....

05 Februari 2010

Tanda-Tanda Orang Munafik






Assalamualaikum...

Sedikit renungan bersama ustaz pada hari ini, iaitu mengenai tanda-tanda orang munafik,
Sebelum ustaz menjelaskan apa itu tanda-tanda orang munafik, izinkan ustaz menerangkan dahulu mengenai maksud munafik itu sendiri...

Munafik itu bermaksud orang-orang yang berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T.

Tanda-tanda orang munafik pula terbahagi kepada tiga iaitu :-

1. Apabila dia berbicara, dia berdusta

2. Apabila dia berjanji, dia memungkarinya

3. Apabila dia diberi amanah, dia mengkhianatinya

Ustaz yakin bahawa sudah tentu ramai yang sudah mengetahui mengenai tanda-tanda ini, tapi ustaz hanyalah mahu mengingatkan kembali kepada semua dan kita merupakan makhluk Allah di akhir zaman...

Jadi, ustaz ingin sekali menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada seluruh umat islam agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, kerana sesungguhnya orang yang paling baik di sisi Allah S.W.T. adalah orang yang bertaqwa.

31 Januari 2010

Mudah....

Assalamualaikum...

Mungkin korang da tau kot, nih sebuah laman web, www.mudah.com.my
Saya nk share ckit ngn korang sume psl web nih,

Dah name nye pun mudah, jd korang sume boleh la berurusniaga secara online jer, senang.!
Saya da cuba,, he3..

.

Langkahnya senang jerr,

1. Gi kt link www.mudah.com.my
2. Klik kt insert ad3. Pastu korang masuk la gambar brg yg hendak dijual tmbh ngn desc. dier ckit.
4. Pastu verify ikut email korang
5. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, kurang dlm mase 2 ari, iklan barangan korang dpt disaksikan oleh seluruh Malaysia bahkan seluruh dunia...

Free jer,
Korang nk beli brg pon bole gak, tgk la iklan mane2 kt mudah.my, klau berminat, call ke msg ke, email ke...

Memang mudah,
Setakat ni saya da banyak mende dijual/beli melalui web nih...

Saje nk share~

Sekian....

28 Januari 2010

trend perkahwinan...





Assalamualaikum,

Sape la sy utk menulis perihal perkahwinan nihh... sy hnye la remaja yg mgkin xde 'basic' lgsung mengenai hal ini....
Sbnrnye, bukan la sy ingin mengupas isu ini, tetapi sy ade terbaca suatu artikel yg sy rase sy patut kongsi kt laman blog sy ini..

Ini adalah kerana mende nih mempunyai maksud yg mendalam di smping lawak yg ingin disampaikan..
Ikuti dialog pasangan suami isteri berikut..

Cuma untuk bacaan ringan…..

Saat indah awal perkahwinan…..

Suami : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama…
Isteri : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Suami : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Isteri: Apakah kau mencintaiku?

Suami : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Isteri : Apakah kau pernah berlaku curang?

Suami : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Isteri : Mahukah kau menciumku?

Suami : Ya !

Isteri : Sayangku…. .!

Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak…..

Hahahaa...

Lucu kan, tp try r korang pikir blk, korang akan jd camtu x nnt.?

Same2 kite renungkan,

Sekian...

24 Januari 2010

Reviu Man Utd VS Hull City


Assalamualaikum,
Sedikit reviu psl match Man Utd lwn Hull City pkl 11.00pm(waktu Malaysia)

Perlawanan di Old Trafford itu diinspirasikan oleh bintang sensasi England, Wayne Rooney yang menjaringkan 4 gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Hull City. Man Utd kini berada di tannga teratas EPL apabila mengatasi pasukan tmpt 2nd, Arsenal ngn kelebihan 2 mata...W/bgmanapun, Man Utd kini lebih 2 perlawanan drp The Gunners.

Pd perlawanan semalam, Sir Alex melakukan 5 pertukaran pemain, drp skuad yg klh ngn Man City ari tuh, alaaa...mase semi final 1st leg tuh, 2-1 kalah...frust r Sir Alex, sbb tu die rombak skuad tu, dan berita baik wat Man Utd apabila tonggak 'back' diorg, Rio Ferdinand kembali dr kecederaan(sakit belakang kot)..siap maen 90 minit ag smalm, tmbh2 die r yg jd captain smalam..
solid defender for Utd smlm!

Hull City gak xleh menurunkan pemain yg baru dibel dr Zamalek, Amr Zaki ekoran dr lack fitness kot, cmtu r,. xsure gak!

Man United mendominasi game start dr awal permainan dan Rooney telah menjaringkan gol pertama Man Utd pada minit ke-7 selepas tendangan dr Paul Scholes termuntah dr tgn 'goalkeeper',gerakan tersebut dimulakan dr sepakan sudut wing Portugal, Nani yg ditanduk keluar sebelum dtg ke kaki Scholes. 1-0 utk United,

Pada minit ke 11, fast free kick yg diambil oleh Scholes memberi peluang kepada Nani utk melepaskan rembatan namun hanya melepasi palang gol,

United meneruskan penguasaan dan pada minit ke-32, George Boateng mengasari Park Ji Sung utk memberi sepakan percuma wat United. Rooney yg amek free kick tuh hmpir memberi g0l kedua wat Man United tp malang sekali apabila sepakan tersebut hanya sipi2 jer nk masuk!
SayanG~ bola keluar...

2,3 minit sblm abis 1st half, Owen mempunyai peluang yg teramat baik utk disempurnakan tp malang sekali, sepakan Owen yg slow2 tu ditangkp kemas oleh keeper Hull City, Myhill.

Babak kedua terus menyaksikan dominasi oleh United tapi kem pertahanan United dikejutkan pada minit ke-62 bila sepakan corner dr Stephent Hunt, smpai ke Anthony Gardner sebelum Zayatte miss bola tersebut,...

4 minit kemudian gerakan dr wing United, Nani telah cross bola mencari Park tp malang sekali dlm keadaan krg stabil, Park gagal menyempurnakan peluang tersebut. Persembahan yg menarik dr Nani pd malam ini,

Seterusnya, Man Utd mengeluarkan Scholes dan memasukkan Gibson, scr jujurnya, mlm ni sy tgk persembahan yg baik dr Paul Scholes dan pujian sy berikan kpd beliau, byk gerakan Man Utd mlm tu berpunca dr beliau,,,

Gibson yg memperolehi bola lorongan cantik dr Nani melalui gerakan counter-attack mensia2kan peluang bile dier trus lob shoot bola tersebut dr jarak 30 meter, dan bola tersebut keluar!
Rooney lak marah kt Gibson sbb nape xbg bola kt dier, die lam keadaan free time tuh, sblm tuh

Rooney gak menengking rakan sepasukan, Darren Fletcher apabila pemain itu melakukan throw in yg kurang cntik kpd Rooney pd 1st half...
Memang panas baran mamat tuh! ade ker kt teammate pom bole marah2~ ish3...

Pada minit ke-81, United dihadiahkan sepakan percuma dan Nani bertindak sbg kicker! Nani is outsatanding today~.. Sepakannya terkena palang dan telah dikeluarkan oleh back Hull City, W/bgmanapun, bola kembali ke Nani yg melakukan passing cantik kpada gibson sebelum pemain muda United itu melorongkan bola kepada Wayne Rooney. Rooney dlm keadaan on-side merembat kencang melepasi Myhill utk gol kedua United.

Selang 4 minit kemudian, Rooney meraih hatriknya(hatrik yg kedua musim nih) menerusi tandukan laju hasil cross lawa gil0w2 Nani...Luv NANI!!
memang gua tabik spring kt Nani utk match nihh,, jd Sir Alex, pls3.!! masukkan nani dlm next match time btemu ngn Man City,

Dalam masa kecederaan, kombinasi baik antara Park Ji Sung dgn pemain subs, Dimitar Berbatov menyaksikan Berba melakukan hantaran kepada Rooney utk menolak masuk gol ke-4 perlawanan....

Dgn kemenangan tersebut, Rooney telah membantu United menawan puncak liga dan bg beliau sendiri, beliau kini memegang title top-scorer EPL ngn 18 gol...

Sememangnya malam yg gemilang buat Rooney dan United, tp jgn terlepas pandang ngn Paul Scholes dan Luis Nani yg pada pendapat sy mempamerkan aksi berkelas dunia pada match ini..

Dan kpd Sir Alex, jgn la letakkan Nani di bangku simpanan lagi, kerana pemain muda itu mempunyai potensi utk menjadi world-class footballer!!

*Kelantan gak menang ngn Johor FC smlm, 4-1...


Sekian,

22 Januari 2010

Man City..? tidak mungkin,,


Assalamualaikum,

Sbg pmbuka cerita, mggu lepas saya bwk la kru-kru blog saya gi melancong ke Itali, sbg cara nk release tensionnn..,, tetiba, kitorang terserempak ngn ex-Man Utd player, David Beckham yg kini bermain secara pinjaman ngn AC Milan... Mase tuh, die ngh shopping kt 7-Eleven, jd kru sy tnpa membuang mase trus menerjah beliau utk ditemuramah...


Ini dia temuramah ngn bekas bintang Man United, David Beckham mengenai kelab yg sedang meningkat naik, Manchester City...
(versi translate dr tribalfootball.com)


Kru : Ape pndapat anda psl kelab jiran United nihh,, Man City..

Beckham : Ouhh,, kelab tuhh.. sy tgk gak pasukan diorg, memang diorg team yg hebat skang, tp diorg xmungkin akan jd lebih bsr dari ex-kelab sy, Man Utd!

Kru : Erk, cmtu ekk... Then, ape...

Beckham : Jap3!! Nk tmbh ckit ag, klau Man City offer sy gi klb dier,, cettt...sy brani sumpah yg sy xkn gi sane!!

Kru : Lor,,, nape lak che beckham ooi??

Beckham : Mula2, msti r sbb sy ni bks pemain MU, xkn nk belot kottt.. Xkire r brape mahal die nk bg gaji ktku...

Kru : Gud3, che david.. ko memang loyal punye budakk..tp apsal ko ckp Man City xakan jd sebesar Man Utd??

Beckham : Man City skang byk duit, mmg benar yg duit tuh boleh ubah sesebuah kelab tuu,, tp utk menjadikan kelab itu sebuah kelab yg plg disegani di seluruh dunia tu mmg bukannye dtg dr duit..

Kru : Ouhhh,, cmtu ekk...pstu...

Beckham : Nk tmbh ckit bole,

Kru : Hushh, che david nihh, ske sgt memotong org ckp, ye r.. ye r...bgtau je laa

Beckham : masheh2~ sbnrnye, ini tentang sejarah..tidak banyak kelab yg bole berbangga ngn sjarah Man Utd, R Madrid, AC Milan(kelab2 aku sume tuh). Nih bukan psl memiliki wang di seluruh dunia, sume yg dilakukan adalah utk menarik perhatian dunia, tp anda tidak bole membeli sejarah kelab!!

Kru : Fuhh, cam pensyarah lak engko nih, xpe la masheh laa...

Beckham : Same2~

Jd, menurut Beckham, kelab tuh xleh nk membeli sejarah kelab walaupun ade seluruh duit kt seluruh dunia nihhh,, tp maybe kelab tuh bole gune wang tuh utk mencipta sejarah!!

He3, tu just pendapat gua jew, tp ape2 pom.. Man Utd Forever,

*Jgn lupe saksikan Man Utd VS Hull mlm sbtu neyh..!! (klau mng, bole duk no 1)

That's all.!

20 Januari 2010

Aduhai...Syed Adney!


Keputusan penuh perlawanan Liga Super baru-baru ini yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV berakhir dengan kekalahan oleh skuad Kijang...

Kelantan tumpas 0-1 kepada Kedah yang rata-rata terdir daripada pemain-pemain muda.
Manakala barisan pemain Kelantan yang dibarisi oleh pemain2 'star', hanya mampu tergamam di tempat sendiri...

http://www.youtube.com/watch?v=kuR4ksZb8wQ&feature=player_embedded
( Gol kekalahan pasukan Kelantan)

Di mana silapnya???

Gol Kedah diperolehi menerusi kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussin yang tersepak bola kepada pemain Kedah dan tertampan masuk ke gawang sendiri...

Saya sbg penyokong setia skuad Kijang yang sanggup berasak-asak untuk memasuki stadium itu meras sgt kecewa dgn kekalahan ini....

Jd, tidak hairan la ada segelintir penyokong yang melempar 'bedil', botol air, minuman dan sbg nya.. sbb pasukan Kelantan tidak sepatutnya kalah pada malam itu,

Sekaligus menghancurkan harapan lebih 20,000 penyokong setia Kelantan(termasuk sy)...tp, adakah kita perlu meyalahkan keseluruh pemain Kelantan ataupun kepada Syed Adney shj?

Syed Adney, sbg antara slh seorg keeper yg star kt Malaysia spatutnye tidak boleh melakukan kesilapan sebegitu, yg terlalu cuai sehingga menyebabkan team kelate kalahh,

Di samping gol tersebut memberi gol pendahuluan wat psukan pelawat, ia seklaigus menjatuhkan moral skuad kendalian B. Sathianathan itu,
Gol tersebut merupakan gol pertama dilepaskan oleh Syed Adney dlm kempen Liga Super thn nihh....

Akibat kekalahan pertama Kelantan musim nih gak akan menimbulkan kekecewaan di kalangan para penyokong,,

Adakah penyokong masih akan memenuhi stadium selepas ini??
Adakah penyokong akan tetap setia mengeluarkan RM12 utk menyokong Kelantan selepas ini....

Semua itu nampaknya akan menjadi persoaln slps ini dan penyebabnyaa...
adakah Syed Adney penyebabnya?

Tidak keterlaluan jika saya mengatakn bahawa Syed Adney mgkin antara penyebabnya krn kesilapan tersebut spatutnye tidak dilakukan oleh goalkeeper yang pernah mengawal gawang skuad negara...

Sekian...

18 Januari 2010

INI PELUANG ANDA!!





BELUM CUBA BELUM TAU..... SO MESTI CUBE..... dan semestinya tak rugi apa2 bila mencuba... :-)

RM3,300 SEBULAN TANPA MODAL !
Sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknya anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,
ya...,mudah saja,klik-klik iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah me...reka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..

Katakan anda menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
tahu tak ? anda akan perolehi RM11, jika sehari mereka klik untuk 1 iklan,
kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..
banyak tu ..

Anda tak nak ke?
Marilah lah sertai saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal
cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free takkan tak boleh ajak..kawan…
untuk maklumat anda,keahlian catcheye telah mencecah lebih dari 38342 orang sekarang..
jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..

Cara nak register:

1.klik link yg kt bwh skali...
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A (atas sekali), soalan 2 jawapan B (yang tengah), soalan 3 jawapan A (atas sekali). p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..Ok siap kemudian apa perlu buat? 1.klik sign in
6.lepas sign in klik reward panel .Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
7.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
8.postkan risalah saya ni dalam Facebook/myspace/frienster atau emailkan kepada kawan2.
9.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1. Percayalah! Sebab benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YANG BAGI..TAPA,KITE KENA USAHA JUGAK KAN?? TUNGGU APE LAGI?? J0MLA J0IN... just click the URL below:
http://www.catcheye.com.my/?r=52523

15 Januari 2010

CES 2010



Assalamualaikum,

Hari ini saya mahu menulis serba sedikit mengenai CES.!! Hahaha, konfem korang sume x tahu kan ape itu CES...(mgkin ade stgh2 yg tau kot)..

Okey2, bg yg xtau... CES nih merupakan Consumer Electronics Show, iaitu sebuah pameran international yg diadakan tiap2 thun, tjuan dier, pe ag..nk menunjuk produk2 ataupun gadget2 terbaru syarikat diorang r..

Menurut kru blog sy yg sempat gak r pegi tgk pameran yg diadakan di Las Vegas, AS ari tuh, die ckp mmg byk r gadget2 terbaru dr kompeni2 yg terkenal cam Sony, Microsoft, LG, Nokia dan mace2 lagi!!

Meme meriah lah majlis tuh die kate., then die pun smpt r gi tnye CEO Persatuan Elektrik Pengguna yg merangkap penganjur CES nih,, Mr. Gary Shapiro...

Kru Blog : Cmner smbutan CES 2010 nihh?? meriah x,

Shapiro : Saya xmenyangka pameran kali nih dpt mengumpulkan byk teknologi2 terkini dlm mase beberapa ari jerr..

Tu kite xperlu r nk amik kesah, yg pentim gadget2 terbaru tuh., pastu korang nk tau kn...
Jom kite check it out,!~

1. LCD LG with high definition(HD) 3D
- Gadget nih aku pun trase nk beli(bajet ade duit) gak sbb ini merupakan tv HD yg pertama dtg ngn siap cmplete set ngn 3D ag.!! wat main PS3 best ni woo~ tmbh2 gune ngn astro byond ker, hua3..



























2. Nokia N900
- Nih merupakan fon terbaru keluaran sykt gergasi, Nokia.. Fon nih mmg cggh, klu kawal mende nih, rse cam main komputer da, diorg ckp r.. beroperasi gne perisian Linux(rse2nye)..
Bermodalkan memory internal 32 GB dan kamera 5MP,, FUhh.... mmg bukan calang2 org r bleh pakai.,, konfem kne melabur byk nk beli mnde nihh.! Harga lam RM2500,













3. Projek Natal
- Ape tuhh?? pasti korang tertanya2., konfem nyer,, projek natal nih merupakan sebuah mende keluaran sykt Microsoft utk kegunaan di X-Box 360, Mende nih membolehkan para pengguna blh main X-Box tuh tanpa pegang ape2 pun,!! Gune free-hand gitu jer,, sbb ade sensor yg diorg letak kt console tuh, so die detect pergerakan tgn kite jer laa..

Nihh sensor dier,,

Syok r men mnde nihh, no joystick.!

NO remote,!




Contohnye macam kakak senah nih, kru blog sy gi skodeng umah dier ari tuh time die tgh syok main...

Hahahahaa.... tu lah antara beberapa gadget bru yg akan kite nikmati pada tahun 2010 nih, so kpd sesape yg berminat, xyh tggu daa,, trus rembat jer kt mane2 kedai berhampiran rumah anda,., tp dgn 1 syrt... poket xleh kering r,

Gadget2 cmni bkn harga RM 10 jer, men smpai beribu gak.!!

K laa, smpai stakat tu jer ari nih, yg kru2 blog sy wat lawak bodo tuh, jgn amik ati ek...

Bye!

14 Januari 2010

Liverpool Ikat Maxi Rodriguez


Pasukan Liverpool akhirnya bjaya mndapatkan khidmat seorang lagi pemain Atletico Madrid, Maxi Rodriguez. Pemain sayap Argentina yg berusia 29 thn itu menandatangani(btul x aku eja) kontrak 3 thn 1/2 ngn klb The Reds itu....

Maxi, bakal menyarung jersi no. 17(penah dipakai oleh Steve McManaman, Gerrard)... Kiranya bakal menjadi bintang liverpool gak r mamat nih nnt,

Die gak disebut-sebut bakal diturunkan ketika Liverpool akan bertemu ngn Stoke City, sabtu nihh...

Berkaitan ngn perpindahan pemain ni, kru blog sy smpat r temuramah ngn manager The Reds, Rafa Benitez..

Ikuti temubual tersebut...

Penemubual : Ape yg wat kn anda tetibe jer nk beli Maxi nih..??

Benitez : Ouhh,, well.. sbnrnye kami skang tgh mencari pemain yg mempunyai karakter dan mentaliti yg baik.. dan sy yakin,, beliau la org yg sy cari!!

Penemubual : Erk,, krg phm r sy.. mksud tuan??

Benitez : Mksud sy, Maxi nih penah bermain utk Atletico dan Argentina, dua2 tuh kelab yg hebat,, jd dier nih msti la seorg pemain yg hbt gak.. btul x??

Penemubual : Btul3.!! then, tuan mahu letak dier main kt posisi maner nihh?? Sy tgk liverpool cam dah sesak ngn pemain jer nih,,

Benitez : Dier nih bleh main dlm 3 posisi iaitu, sbg wing kanan, kiri atau 'backup striker'.. dan Maxi ini gak ade mentaliti yg baik yg sememangnya sy cari utk seseorg pemain Liverpool.!!

Penemubual : Ouhhh,, klau camtu,, masheh r che benitez weh,,

Benitez : Same2~ :-)

* Temubual ni mgkin korang rase xlogik, tp isi2 kandungan temubual nih yg korang patutu ambik, sbb ape yg che benitez kite tuh ckp benar2 blake...(cume ade tokok tmbh ckit) rujuk www.goal.com

Sekian,. slmt maju jaya r wat liverpool,

huhu~

12 Januari 2010

Teka-Teki Paling Susah Di Dunia!! (ade beran?)




Assalamualaikum,
Hari ini saya ada suatu teka-teki yang konfem menguji minda anda sebagai seorang manusia...
Ha5,

Teka-teki ini dibuka kpd semua orang...(kpd cgu2 matematik, klau xleh jwb nih, tergugat r ckit kewibawaan anda) huk3.~

Ianya berbunyi begini...

Samad miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju "NIKE" yang berharga rm50 kt KB Mall
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45.
die bayar then die dapat baki rm5.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm3.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm3 skarang.
rm48+rm3= rm51
kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?

Haaa!!! Jwb3, sila tgglkn jwpn anda kt komen,
Bye!!

11 Januari 2010

400,000 Pemilik MyKad dicari...




Hello...
Saya ada terbaca akhbar hari ini yang bertajuk "400,000 Pemilik MyKad dicari" hari ini.. Jadi saya terasa tergerak la hati ini utk berbicara la sedikit mengenai tajuk berita pada hari ini...

Untuk makluman pembaca sekalian,
ini sebenarnya isu yang sudah lama diketengahkan, antar petikan berita pada hari ini ialah :

"Kementerian Dalam Negeri akan menggembleng tenaga anggota polis dan kakitangan agensi lain di bawah kementerian itu untuk menyerahkan lebih 400,000 kad pengenalan pintar (MyKad) yang masih belum dituntut terutama oleh pemilik di kawasan pedalaman."

Jadi kita tahu di sini bahawa terdapat kesukaran untuk penduduk di kawasan pedalaman untuk menuntut MyKad mereka...

Tetapi, yg duk kt bukan kaw. pedalaman nih, tlg la pegi amik secepat yang boleh.. kerana mende tuh memang penting lam hidup kiter,

Byk r kegunaan mende tuh, cthnye laa...

he3,

Saya yang baru jer lam proses nk amik lesen nih, brape byk kena guna MyKad tuh utk thumbprint, xde MyKad tuh, jgn arap leh wat lesen.!!

Btul x,

fikir2 kan laa,,
Assalamualaikum,

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More