featured-content

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

FACTOIDS @ MACKFRENZY

80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Shuttlecock untuk badminton harus ada 14 bulu

FACTOIDS @ MACKFRENZY

RSVP yang sering kita lihat dalam jemputan-jemputan 'event' dalam facebook sebenarnya adalah Respondez s’il Vous Plait yang bermaksud mohon dijawab

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Menjelang tahun 2025 Cina akan sudah membangun 10 kota metropolitan seukuran New York

08 Januari 2011

senarai pemain Kelantan 2011 !

CREDIT TO: WWW.THEREDWARRIORS.COM

Di atas menampilkan senarai pemain-pemain pasukan bolasepak negeri Kelantan ataupun
lebih dikenali sebagai The Red Warrior pada sesi 2011.

Musim ini menyaksikan pasukan berjersi merah putih ini membawa masuk sembilan pemain baru iaitu :
1. Muhd Khalid Jamlus
2. K. Soley
3. Nurul Azuwan Roya
4. Wan Rohaimi Ismail
5. Daniel Fadly Abdullah
6. Khairan Ezuan Rozali
7. Nicolas Chan
8. Norhadi Ubaidillah
9. Muhammad Abdul Aziz Ismail

Kelantan diperkuatkan oleh pemain dari Cardiff City, Nicolas Chan yang baru berusia 19 tahun. Sudah
pasti pasukan ini dapat mengharapkan sesuatu dari Chan kerana pengalaman beliau bermain di Liga
Divisyen 1 England pasti dapat dikongsi bersama untuk kebaikan pasukan.
Kelantan juga dijangka menjadi pesaing utama bagi merebut kejuaraan Liga Super musim ini selepas
berjaya memenangi Piala Malaysia tahun lalu.

01 Januari 2011

Happy New Year !

2011.
Entri ini ditulis pada tarikh 1 Januari 2011.
Jadi masih belum terlewat untuk mengucapkan
Happy New Year kepada semua pembaca sekalian.
Fenomena biasa yang akan berlaku pada
tahun baru ini ialah setiap orang pasti akan mempunyai
azam tahun baru mereka dan akan berusaha sepanjang tahun
tersebut untuk memenuhi azam mereka.
Bagi diri saya sendiri, juga mempunyai azam yang tersendiri.
Diharap anda juga mempunyai azam anda masing-masing dan
akan berusaha untuk mencapai azam tersebut.
Jika azam tahun sebelumnya tidak berjaya dilaksanakan ?
Alihkan azam tahun lepas anda ke tahun ini dan pastikan
ia dapat dicapai pada tahun tersebut.

Pastikan juga azam anda realistik, mampu dicapai oleh anda
dan jangan meletakkan azam yang sukar dicapai kerana ia mungkin
akan memandu anda kepada kegagalan.
Jadilah seperti Gerald, ataupun lebih baik sedikit dari beliau...


Janganlah pula rasa kita sudah sempurna, tiada azam yang perlu dilaksanakan
kerana tiada manusia yang dilahirkan tanpa melakukan kesilapan...(ada kaitan ke)





Jadikanlah tahun 2011 ini lebih baik dari tahun 2010.
Berusahalah ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat dan
jangan mencari kebahagiaan di dunia sahaja kerana dunia hanyalah
sementara manakala yang kekal abadi itu ialah akhirat,.
Sekian.
Wassalam. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More