featured-content

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

FACTOIDS @ MACKFRENZY

80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Shuttlecock untuk badminton harus ada 14 bulu

FACTOIDS @ MACKFRENZY

RSVP yang sering kita lihat dalam jemputan-jemputan 'event' dalam facebook sebenarnya adalah Respondez s’il Vous Plait yang bermaksud mohon dijawab

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Menjelang tahun 2025 Cina akan sudah membangun 10 kota metropolitan seukuran New York

12 Februari 2010

Fakta Pelik Tapi Benar!!

Assalamualaikum,

Ingin berkongsi sedikit fakta-fakta yang menarik yang mungkin kita semua tidak perasan selama ini...
Layan....

> Bumi yang kita duduki sekarang seberat 6,600,000,000,000,000,000,000 tan (5,940 bilion bilion tan metrik). Memang berat yang teramat.!

> Seekor lipas boleh hidup sehingga beberapa minggu dengan kepala terpenggal, itu pun mati disebabkan kelaparan. Lepas ini kalau tengok lipas tiada kepala, jangan la ingat hantu pulak. He3

> Setiap kali anda menjilat setem, anda menghasilkan 1/10 kalori. Banyak tu, janganlah jilat setem banyak2 ye,

> Purata mimpi seseorang ialah lebih 146o kali setahun. Jadi hal ini bermakna, kita semua bermimpi purata 4 kali sehari!

> Anda dilahirkan dengan 300 tulang, tetapi apabila anda meningkat dewasa, anda hanya mempunyai sebanyak 206 tulang. Dimana hilang yang selebihnya?

> Tulang paha manusia sebenarnya lebih kuat daripada konkrit. Jadi bolehlah guna tulang paha untuk bina bangunan selepas ini. Huahauaa

> Lebih 10,000 burung di seluruh dunia telah mati akibat melanggar tingkap rumah anda. Jadi, janganlah tutup cermin tingkap rumah anda untuk selamatkan burung2 tersebut.

> Terdapat lebih sejuta spesies haiwan di muka bumi ini. Begitu besar kekuasaan Allah S.W.T

> Thomas Edison, pencipta lampu, seorang yang takutkan gelap! Ish3, macam-macam orang ini..

Itu saja, harap terhibur.

Sekian

07 Februari 2010

Rio Ferdinand kapten England

Assalamualaikum,

Sedikit info mengenai sukan bolasepak Eropah.

Pasukan England telah menamakan tonggak pertahanan tengah Manchester United sebagai kapten menggantikan John Terry yang kini dilanda masalah skandal pada masa ini. Ferdinand bakal mengetuai pasukan England di dalam kempen Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan Jun depan.

Rio Ferdinand dahulunya memegang jawatan naib kapten di bawah John Terry yang mengambil alih tugas kapten dari David Beckham. Kini, Fabio Capello telah melantik Steven Gerrard pula menggalas tugas sebagai naib kapten pasukan.

Bagi Rio, peluang menggalas jawatan ini dianggap sebagai suatu titik baru di dalam karier bolasepak beliau. Rio yang mula membuat debutnya bersama pasukan England pada tahun 1997 di mana beliau hanya berusia 19 tahun ketika itu, menjadi pemain pertahanan termuda mendapat cap England. Beliau meneruskan karier cemerlangnya bersama England dengan bermain di Piala Dunia 2002 dan telah dinamakan di dalam pasukan terbaik Piala Dunia.


"Sebagai seorang anak muda, anda akan membesar dengan keinginan untuk bermain bagi pasukan England dan mengetuai pasukan itu dan kini saya telah pun mendapat penghormatan tersebut" kata Rio Ferdinand apabila diminta untuk mengulas mengenai pelantikan beliau sebagai kapten England. Beliau juga berasa sangat gembira dengan pelantikan tersebut dan berazam untuk mengetuai England untuk menjuarai Piala Dunia 2010...

Jadi, saya dari pihak kru blog ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Rio Ferdinand atas pelantikan tersebut. Diharap mentaliti Rio akan meningkat dengan pelantikan ini dan mampu memberikan persembahan terbaik buat kelab Manchester United sekaligus dapaat membantu kelab beliau untuk mencipta rekod kelab pertama di England yang menjuarai EPL selama empat musim berturut-turut..

Sekian....

05 Februari 2010

Tanda-Tanda Orang Munafik






Assalamualaikum...

Sedikit renungan bersama ustaz pada hari ini, iaitu mengenai tanda-tanda orang munafik,
Sebelum ustaz menjelaskan apa itu tanda-tanda orang munafik, izinkan ustaz menerangkan dahulu mengenai maksud munafik itu sendiri...

Munafik itu bermaksud orang-orang yang berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T.

Tanda-tanda orang munafik pula terbahagi kepada tiga iaitu :-

1. Apabila dia berbicara, dia berdusta

2. Apabila dia berjanji, dia memungkarinya

3. Apabila dia diberi amanah, dia mengkhianatinya

Ustaz yakin bahawa sudah tentu ramai yang sudah mengetahui mengenai tanda-tanda ini, tapi ustaz hanyalah mahu mengingatkan kembali kepada semua dan kita merupakan makhluk Allah di akhir zaman...

Jadi, ustaz ingin sekali menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada seluruh umat islam agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, kerana sesungguhnya orang yang paling baik di sisi Allah S.W.T. adalah orang yang bertaqwa.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More