featured-content

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

FACTOIDS @ MACKFRENZY

80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Shuttlecock untuk badminton harus ada 14 bulu

FACTOIDS @ MACKFRENZY

RSVP yang sering kita lihat dalam jemputan-jemputan 'event' dalam facebook sebenarnya adalah Respondez s’il Vous Plait yang bermaksud mohon dijawab

FACTOIDS @ MACKFRENZY

Menjelang tahun 2025 Cina akan sudah membangun 10 kota metropolitan seukuran New York

02 November 2011

SENARAI CALON-CALON FIFA BALLOON D'OR 2011

Balloon D'or kini kembali!


pemenang pada tahun lepas Iniesta, Messi, Xavi
Sekali lagi pada tahun 2011 anugerah paling berprestij di kalangan pemain-pemain profesional seluruh dunia menjadi rebutan. Semalam FIFA telah mengeluarkan senarai pendek pemain yang dicalonkan untuk memenangi anugerah pada tahun ini. Senarai 23 pemain ini menyaksikan dominasi pemain dari Sepanyol dengan tujuh pemain diikuti Jerman seramai 3 pemain. Di bawah merupakan senarai penuh calon-calon pemenang Balloon D'or bagi tahun 2011 :-


1. Cristiano Ronaldo (Portugal)
2. Lionel Messi (Argentina)
3. Wayne Rooney (England)
4. Luis Nani (Portugal)
5. Sergio Aguero (Argentina)
6. Karim Benzema (Perancis)
7. Eric Abidal (Perancis)
8. Iker Casillas (Sepanyol)
9. Andres Iniesta (Sepanyol)
10. Cesc Fabregas (Sepanyol)
11. Gerard Pique (Sepanyol)
12. David Villa (Sepanyol)
13. Xabi Alonso (Sepanyol)
14. Xavi (Sepanyol)
15. Dani Alves (Brazil)
16. Neymar (Brazil)
17. Samuel Eto'o (Cameroon)
18. Diego Forlan (Uruguay)
19. Luis Suarez (Uruguay)
20. Thomas Mueller (Jerman)
21. Mesut Ozil (Jerman)
22. Bastian Schweinsteiger (Jerman)
23. Wesley Sneijder (Belanda)


Persaingan sengit pastinya di antara Leo Messi dan CR7 walaupun ramai diantara kita tahu Messi dianggap pilihan untuk kali ketiga berturut-turut setelah menjulang Barcelona pada musim lepas. Walaubagaimanapun, CR7 juga dianggap cemerlang apabila memenangi trofi Pichichi pada musim lepas mengatasi pencabar terdekat Messi.


Diharap Ronaldo bakal muncul sebagai pemenang Balloon D'or 2011.


Sama-samalah kita tunggu keputusan juri dengan penuh sabar. 
Sekian, 


study...study...study...

23 Oktober 2011

iPhone vs Android

hello guys. check out this comic...


credit to makeuseof
agree or disagree? 

15 April 2011

tahu apa itu uncyclopedia ?

salam kawan kawan .
pernah dengar tak apa itu uncyclopedia ? tahu tak apa benda ni ? kat mana nak jumpa perkataan macam ni ?

haa.... ni aku nak share sikit pasal benda ni. macam biasalah bila perkataan tu ada "pedia" kat belakang ia mestilah merujuk kepada koleksi maklumat ataupun fakta mengenai certain-certain things. takkanlah korang tak pernah dengar atau tahu atau ambil tahu pasal ensiklopedia, wikipedia (tu jelah yang aku tahu) dan macam macam lagi lah jenis pedia pedia nih.

betul ke mamat ni membebel ?

ye lah, mesti lah betul. definisi ensiklopedia ni aku ambil dari wikipedia sendiri. tengok tengok, kat wikipedia pun ada maklumat pasal ni. jadi aku nak ceritakan salah satu dari banyak banyak pedia iaitu uncyclopedia. dah bila nama ada pedia kat belakang tu mestilah kat sini pun ada maklumat maklumat, info-info dan macam2 lagi yang dikumpulkan sekali dalam satu bundle. walaupun uncyclopedia ni dah lama wujud, tapi malangnya aku baru je tahu. sedih tak sedih tak? sedih kan. hee. tapi, pedia yang ni lain sikit , korang sume mesti da familiar dengan wikipedia kan ? haa...yang ni wikipedia versi parody.

apa itu parody ?

yang aku tahu parody ni kerja dia tak lain dah, nak perli bahan yang original. macam contoh, kita ambil industri perfileman sekarang la, pernah layan The Twilight tak ? tipu la korang tak layan, nak nak yang gegurl ni. memang sah sah akan layan cerita pontianak romantik ni. versi parody dia The Vampires Suck. best versi parody dia. sumpah lawak !

logo dia pun ada iras iras wikipedia

okay. okay. back to the topic, yang membuatkan aku nak share dengan korang pasal uncyclopedia ni sebab aku rasa macam tak best la bila aku baca. nama pun parody kan, mesti lah versi memperli yang original. betul ke bahasa aku ? bila aku buka versi parody ni, ada la tulis pasal negara kita yang tercinta, Malaysia lah. setahu aku penulis bagi pedia pedia macam ni biasanya bebas, sape sape pun bole tulis then submit dekat die punya host. kalau aku tak silap la. macam macam la dia mem'parody'kan pasal Malaysia ni, dari makanan sampai la ke pucuk pimpinan negara kita. lawak jugak lah aku baca, tapi tak best lah kan, sebab mem'parody'kan negara aku.  aku patriotik weyy .

so, aku nak pembaca pembaca blog aku ni try lah jenguk-jenguk sikit dekat uncyclopedia ni. then share la dengan aku, siapa penulis dia, apa tujuan dia, betul ke tak aku membebel kat atas tu. share la ye. aku pun ak dengar jugak pendapat korang pasal benda ni.

nak link uncyclopedia ni ?

google, yahoo kan ada. pandai-pandai lah korang search dekat search engines tu.

okay okay.
setakat ini dulu entri ini. ada salah bagitau tau. sebab aku pun baru jumpa je benda ni. maaf ye kalau silap. hee. hee.

01 Mac 2011

perah otak !



Assalamualaikum.
Entri saya pada kali ini ialah ingin menguji kepintaran pembaca sekalian bagi menjawab
soalan kuiz yang lain dari yang lain.
Biasanya pelajar-pelajar sering menempuh pelbagai ujian/kuiz/peperiksaan/exam(same je)
dan lain-lain lagi.
Dan biasanya soalan kuiz/ujian/exam tersebut susah(bagi yg xstudy)
ataupun berbentuk serius.!!
Oleh itu, mari kita relaks kan otak kita dengan menjawab soalan-soalan kuiz yang lucu.
Disini saya sediakan 10 soalan kuiz yang lucu
(mungkin korang pernah dengar/tahu/baca ikut la apa-apa pun, tak kesah la..).
Bagi yang tidak tahu,
Jawablah dengan hati yang tenang, jiwa yang aman, dan jangan fikir susah-susah
kerana jawapannya tidaklah sesusah seperti yang dijangkakan.

Selamat mencuba !

1. Ikan apa yang ada bulu ketiak(eeeuwww)??

2. Ibunya diurut, anaknya dipijak??

3. Apakah nama Sudirman masa kecil ?

4. Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Siapakah dia?

5. Apakah yang selalu/asyik/kerap sangat jatuh, tapi tak sakit2??

*tinggalkan jawapan anda di comment, nanti anda akan tahu jawapan sebenar

27 Februari 2011

bunuh diri atau dibunuh !



Libya terus bergolak.
Ini kali pertama mackfrenzy menulis entri mengenai politik dunia (tukar angin).
Diharap mendapat feedback yang memberansangkan dari pembaca mengenai perubahan
Presiden Libya
 Muammar Gaddafi
angin mackfrenzy sekarang ini.

back to the topic...

Libya memang tengah bergolak.
Semakin ramai yang menjadi mangsa akibat dari revolusi menggulingkan pemerintah
Libya pada masa sekarang, Muammar Gaddafi.
Beliau dilabel sebagai seorang yang kejam oleh rakyat Libya dan kini dalam keadaan terdesak untuk 
mempertahankan kedudukan beliau sebagai pemimpin negara itu.
Gaddafi juga turut menerima ancaman bunuh dari ramai pihak dan ada laporan mengatakan bahawa
Sheikh Yusuf al-Qaradawi


Ketua Persatuan Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qardawi telah mengeluarkan fatwa membunuh Gadddafi.
Terkini, salah seorang menteri kabinet Gaddafi, Abdel Fattah Younis al-abedi telah berpalimg tadah dan menyertai revolusi menggulingkan beliau.
Fattah meramalkan bahawa revolusi tersebut bakal menemui kejayaan dalammasa terdekat dan mengulas 
lanjut pemimpin Libya itu pasti akan membunuh diri atau dibunuh !

08 Januari 2011

senarai pemain Kelantan 2011 !

CREDIT TO: WWW.THEREDWARRIORS.COM

Di atas menampilkan senarai pemain-pemain pasukan bolasepak negeri Kelantan ataupun
lebih dikenali sebagai The Red Warrior pada sesi 2011.

Musim ini menyaksikan pasukan berjersi merah putih ini membawa masuk sembilan pemain baru iaitu :
1. Muhd Khalid Jamlus
2. K. Soley
3. Nurul Azuwan Roya
4. Wan Rohaimi Ismail
5. Daniel Fadly Abdullah
6. Khairan Ezuan Rozali
7. Nicolas Chan
8. Norhadi Ubaidillah
9. Muhammad Abdul Aziz Ismail

Kelantan diperkuatkan oleh pemain dari Cardiff City, Nicolas Chan yang baru berusia 19 tahun. Sudah
pasti pasukan ini dapat mengharapkan sesuatu dari Chan kerana pengalaman beliau bermain di Liga
Divisyen 1 England pasti dapat dikongsi bersama untuk kebaikan pasukan.
Kelantan juga dijangka menjadi pesaing utama bagi merebut kejuaraan Liga Super musim ini selepas
berjaya memenangi Piala Malaysia tahun lalu.

01 Januari 2011

Happy New Year !

2011.
Entri ini ditulis pada tarikh 1 Januari 2011.
Jadi masih belum terlewat untuk mengucapkan
Happy New Year kepada semua pembaca sekalian.
Fenomena biasa yang akan berlaku pada
tahun baru ini ialah setiap orang pasti akan mempunyai
azam tahun baru mereka dan akan berusaha sepanjang tahun
tersebut untuk memenuhi azam mereka.
Bagi diri saya sendiri, juga mempunyai azam yang tersendiri.
Diharap anda juga mempunyai azam anda masing-masing dan
akan berusaha untuk mencapai azam tersebut.
Jika azam tahun sebelumnya tidak berjaya dilaksanakan ?
Alihkan azam tahun lepas anda ke tahun ini dan pastikan
ia dapat dicapai pada tahun tersebut.

Pastikan juga azam anda realistik, mampu dicapai oleh anda
dan jangan meletakkan azam yang sukar dicapai kerana ia mungkin
akan memandu anda kepada kegagalan.
Jadilah seperti Gerald, ataupun lebih baik sedikit dari beliau...


Janganlah pula rasa kita sudah sempurna, tiada azam yang perlu dilaksanakan
kerana tiada manusia yang dilahirkan tanpa melakukan kesilapan...(ada kaitan ke)





Jadikanlah tahun 2011 ini lebih baik dari tahun 2010.
Berusahalah ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat dan
jangan mencari kebahagiaan di dunia sahaja kerana dunia hanyalah
sementara manakala yang kekal abadi itu ialah akhirat,.
Sekian.
Wassalam. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More