featured-content

09 Mei 2010

Cicak Gergasi??


Negara kita dikejutkan dengan penemuan seekor cicak gergasi yang didakwa seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com.

Ia juga didakwa dijual dengan harga RM 1 juta sekilogram.
Ini bermakna RM 1juta X 64kg = RM 64juta.
Laporan juga melaporkan bahawa cicak gergasi ini diberi makan daging seperti hati ayam untuk meneruskan hidup,

Tetapi, saya memilih untuk menunggu bukti-bukti yang kukuh mengenai berita ini kerana laporan yang dilaporkan semalam hanya menyiarkan satu foto sahaja (diatas) mengenai cicak ini..

Keraguan saya ini juga disokong oleh laporan Kosmo! Online hari ini yang bertajuk "Mustahil Cicak Gecko capai 64kg."

"Selalunya spesies ini cuma sepanjang 17.6 sentimeter dan lebar badan cuma sebesar 3 sentimeter. Rupanya sama seperti Gecko tapi memang mustahil malah tidak tergolong langsung dalam keluarga biawak," menurut Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma.

Sama-samalah kita menunggu siasatan selesai dijalankan...

Wassalam...

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More