
kalau kita selalu berjumpa dengan kucing
ia adalah seekor binatang yang comel, berbulu
dan sedap untuk dibelai yang bersaiz sepanjang
sebuah buku teks ??
tetapi baru-baru ini seekor kucing yang bernama
stewie telah menggemparkan seluruh dunia apabila
ia mempunyai saiz yang luar biasa
stewie yang baru berumur lima tahun telah berjaya
mencatatkan nama beliau ke dalam buku rekod dunia
guiness apabila diukur dari hujung hidung ke ekornya
mendapati ia berukuran 48.5 inci (1.16 meter)
stewie telah mengalahkan kucing sebelum ini yang
berukuran 48 inci
pemilik stewie, robin hendrickson dan erik brandsness
dari reno, nevada, mengatakan mereka memutuskan
untuk mencuba untuk merakam setelah mendengar
sejumlah orang mengatakan bahawa mereka
kagum dengan ukurannya yang luar biasa
stewie adalah jenis Maine Coon - dikenali sebagai
'gentle giants' di kalangan keluarga kucing...
p/s: anak harimau lagi comel dari kucing gergasi. =)
0 comments:
Catat Ulasan