Assalamualaikum.
Entri saya pada kali ini ialah ingin menguji kepintaran pembaca sekalian bagi menjawab
soalan kuiz yang lain dari yang lain.
Biasanya pelajar-pelajar sering menempuh pelbagai ujian/kuiz/peperiksaan/exam(same je)
dan lain-lain lagi.
Dan biasanya soalan kuiz/ujian/exam tersebut susah(bagi yg xstudy)
ataupun berbentuk serius.!!
Oleh itu, mari kita relaks kan otak kita dengan menjawab soalan-soalan kuiz yang lucu.
Disini saya sediakan 10 soalan kuiz yang lucu
(mungkin korang pernah dengar/tahu/baca ikut la apa-apa pun, tak kesah la..).
Bagi yang tidak tahu,
Jawablah dengan hati yang tenang, jiwa yang aman, dan jangan fikir susah-susah
kerana jawapannya tidaklah sesusah seperti yang dijangkakan.
Selamat mencuba !
1. Ikan apa yang ada bulu ketiak(eeeuwww)??
2. Ibunya diurut, anaknya dipijak??
3. Apakah nama Sudirman masa kecil ?
4. Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Siapakah dia?
5. Apakah yang selalu/asyik/kerap sangat jatuh, tapi tak sakit2??
*tinggalkan jawapan anda di comment, nanti anda akan tahu jawapan sebenar
1 comments:
1. Ikan buntal?
Yg lain,, tk tahu nk jawab ape
Catat Ulasan