Assalamualaikum...
Sedikit renungan bersama ustaz pada hari ini, iaitu mengenai tanda-tanda orang munafik,
Sebelum ustaz menjelaskan apa itu tanda-tanda orang munafik, izinkan ustaz menerangkan dahulu mengenai maksud munafik itu sendiri...
Munafik itu bermaksud orang-orang yang berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T.
Tanda-tanda orang munafik pula terbahagi kepada tiga iaitu :-
1. Apabila dia berbicara, dia berdusta
2. Apabila dia berjanji, dia memungkarinya
3. Apabila dia diberi amanah, dia mengkhianatinya
Ustaz yakin bahawa sudah tentu ramai yang sudah mengetahui mengenai tanda-tanda ini, tapi ustaz hanyalah mahu mengingatkan kembali kepada semua dan kita merupakan makhluk Allah di akhir zaman...
Jadi, ustaz ingin sekali menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada seluruh umat islam agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, kerana sesungguhnya orang yang paling baik di sisi Allah S.W.T. adalah orang yang bertaqwa.
0 comments:
Catat Ulasan