featured-content

12 Februari 2010

Fakta Pelik Tapi Benar!!

Assalamualaikum,

Ingin berkongsi sedikit fakta-fakta yang menarik yang mungkin kita semua tidak perasan selama ini...
Layan....

> Bumi yang kita duduki sekarang seberat 6,600,000,000,000,000,000,000 tan (5,940 bilion bilion tan metrik). Memang berat yang teramat.!

> Seekor lipas boleh hidup sehingga beberapa minggu dengan kepala terpenggal, itu pun mati disebabkan kelaparan. Lepas ini kalau tengok lipas tiada kepala, jangan la ingat hantu pulak. He3

> Setiap kali anda menjilat setem, anda menghasilkan 1/10 kalori. Banyak tu, janganlah jilat setem banyak2 ye,

> Purata mimpi seseorang ialah lebih 146o kali setahun. Jadi hal ini bermakna, kita semua bermimpi purata 4 kali sehari!

> Anda dilahirkan dengan 300 tulang, tetapi apabila anda meningkat dewasa, anda hanya mempunyai sebanyak 206 tulang. Dimana hilang yang selebihnya?

> Tulang paha manusia sebenarnya lebih kuat daripada konkrit. Jadi bolehlah guna tulang paha untuk bina bangunan selepas ini. Huahauaa

> Lebih 10,000 burung di seluruh dunia telah mati akibat melanggar tingkap rumah anda. Jadi, janganlah tutup cermin tingkap rumah anda untuk selamatkan burung2 tersebut.

> Terdapat lebih sejuta spesies haiwan di muka bumi ini. Begitu besar kekuasaan Allah S.W.T

> Thomas Edison, pencipta lampu, seorang yang takutkan gelap! Ish3, macam-macam orang ini..

Itu saja, harap terhibur.

Sekian

1 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More